Isnin, 28 November 2011

HIJJRAH USAHAWAN OTAI-PAKATAN SIMBIOTIK PEMANGKIN EKONOMI UMMAH


Usahawan Simbiotik 1 (Universiti Malaya)
Usahawan Simbiotik 2 (Janda Baik,Pahang)

1.Usahawan Otai pada masa kini sedang giat mengatur langkah lebih jauh bersama Pusat Pengajian Perniagaan Siswazah Universiti Malaya bagi membentuk satu pakatan yang julungkalinya dalam cabang perniagaan di Malaysia . 

2.Pakatan ini dikenali sebagai Pakatan Simbiotik Usahawan Otai dan bergabung tenaga, pengalaman, kemahiran, pengetahuan, ilmu teoritikal dan praktikal bersama satu generasi ilmuan muda iaitu siswazah-siswazah tempatan.

3.Usahawan Otai yang bertahun lamanya berjuang di medan jalanan, akan merubah pandangan dan pendekatan dalam mencorak perniagaan burger bangsa melayu ke satu arah industri yang lebih membanggakan.

4.Demi memartabatkan ekonomi bumiputera di tanah air ini, Usahawan Otai akan membuka satu peluang kepada generasi ilmuan muda atau siswazah bagi berkongsi lapangan dalam perniagaan.Perkongsian lapangan perniagaan ini bolehlah dianggap sebagai satu pengorbanan Usahawan Otai dan rangkaiannya untuk dikongsi bersama memajukan lagi jenama Otai.

5.Usahawan Otai dan ilmuan muda atau siswazah ini juga akan mewujudkan beberapa lagi cabang serta peluang perkongsian perniagaan bersama generasi muda atau belia yang tidak mempunyai pendidikan tinggi tetapi berminat dalam perniagaan.

6.Kini, Usahawan Otai bersama Pusat Pengajian Perniagaan    Siswazah Universiti Malaya (PUSMAL) sedang merangka Pakatan Simbiotik ini dan menyediakan satu kelompok lepasan siswazah untuk dilatih bagi mengabungkan sinergi diantara mereka dengan Usahawan Otai.
Pakatan Simbiotik 1, Universiti Malaya

Pakatan Simbiotik 1, Universiti Malaya

Pakatan Simbiotik 2, Universiti Malaya (Janda Baik,Pahang)

Pakatan Simbiotik 2, Universiti Malaya (Janda Baik,Pahang)
7.Langkah ini dianggap lebih selamat dan lebih cepat dalam perkembangan perniagaan kecil seperti Usahawan Otai ke arah satu industri yang lebih besar.Disamping mengoptimumkan sinergi yang ada diantara lepasan siswazah muda,Usahawan Otai dan para belia Melayu.

8.Prinsip-prinsip perniagaan yang menekankan Minat, Berdisipilin, BERILMU, Amanah dan Bertanggungjawab secara zahirnya amat secocok dengan ilmu yang telah tersemat didada para siswazah untuk digabungkan dengan pengalaman Usahawan Otai.

9.Oleh itu, mana-mana lepasan siswazah tidak kira jurusan apa sekalipun dan graduan IPTA mana sekalipun di pelawa untuk menyertai Pakatan Simbiotik ini.Sesungguhnya 9/10 rezeki dari perniagaan adalah lebih daripada pekerjaan lain dan perniagaan melalui pendekatan ini akan dapat mewujudkan kemakmuran ekonomi bangsa, agama dan negara.

10.Kepada belia muda yang masih tercari-cari halatuju apakah yang akan menjamin masa hadapan, dengan ilmu yang terhad maka Usahawan Otai mempelawa anda semua turut serta dengan memulakan kerjaya sebagai pekerja,menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan perniagaan seterusnya berpeluang menyertai Usahawan Otai samaada lahir sebagai Usahawan Belia mahupun Usahawan Kiosk.

Usahawan Otai (Universiti Malaya)
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya.

KEDAI KULIT ULAR DAN IKAN PARI


1.Kedai ini terletak di lokasi pelancongan iaitu di Tangkuban Perahu, Bandung Indonesia.

2.Pemilik kedai didalam gambar berbaju cokelat, bukan yang botak tu..

3.Semua produk diperbuat dari kulit ular dan ikan pari.tali pinggang,beg duit,beg tangan,cover h.phone dan banyak lagi.semuanya kulit 'ori'.Ngeri gak tengok kulit ular sawa..tengok rangka ular tu je dah kira dasyat woo..

4.Pemilik kedai ini merekabentuk semua produk didalam kedai tu sahaja.kira dia ni usahawan kraftangan jugalah ya.

5.Boleh ke kita berniaga barangan kulit haiwan di Malaysia? boleh kot dan dah ada banyak usahawan seperti ini, cuma mungkin mereka menggunakan kulit lembu,kerbau,buaya dan lain-lain haiwan. cumanya produk ini sah ke jika kita yang beragama Islam menggunakannya@memakainya??Mungkin dikira kes aniaya haiwan?


6.Produk ini ada peminatnya yang tersendiri, pengemar barangan kulit.Boleh mendatangkan keuntungan dan salah satu bidang seni kreatif.Jika anda berminat dalam keusahawan produk kulit haiwan ini, maka bolehlah bermula dengan berkenalan dengan pegawai perhilitan bagi mendapatkan permit kulit haiwan (sebab kulit haiwan/haiwan tersebut adalah barangan kawalan).Pada masa yang sama pergilah berkursus kraftangan dimana-mana agensi atau juga boleh juga membuat pratikal di kedai-kedai kraf kulit sedia ada.

7.Perniagaan ini juga boleh dijalankan secara part time atau sebagai hobi dirumah dan dijual kepada kawan2x atau secara online.Yang penting rekabentuk produk kulit tersebut menarik dan 'gempak' seperti-kulit dinasour,kulit buaya bujang senang,kulit anaconda,kulit babi hutan (yang ni haram),kulit biawak komodo..haaa..haaa..kulit2x ini special,unik dan sukar diperolehi.Boleh dijual pada harga yang mahal dan pasti berbaloi sebagai peminat kulit haiwan.




8.Kulit ular sawa yang terdapat dikedai ini amat menakjubkan sebab ianya nipis tapi sangat kuat daya tahan (sukar koyak atau putus).Lagi satu kulit ular sawa kebal dari api berbanding kulit sintetik atau kulit tiruan.Itu sebablah adanya produk keselamatan sarung tangan kulit,baju kulit,kasut kulit dan lain-lain.Barangan kulit ini tahan lasak sama seperti pada zaman 'cowboy'.semuanya kulit belaka.

9.Jika sekarang ramai rakyat kita yang jadi cowboy..maka lagi larislah jualan produk kulit ini.Jika dulu cowboy menggunakan kuda, sekarang ramai peminat motorsikal berkuasa tinggi menggunakan barangan kulit.Untuk keselamatan orang wanita, gunalah beg tangan kulit supaya sukar putus semasa diragut.

10.Makna kata, jika anda berminat dengan keusahawanan kraf kulit haiwan, usah bimbang kerana permintaan amat tinggi.Lagi sukar kulit itu diperolehi, lagi mahal produk  boleh dijual.Hanya usaha anda diperlukan bagi mencari bahan mentah (kulit) samada di import, dibeli dengan orang asli,rangkaian penyeludupan atau cari sendiri dihutan, paya, laut dan sungai.haaa..haaa...tangkap, siat kulitnya, jemur ,rendam dengan chemical, sembur pewarna dan rekabentuklah produk yang anda ingin jual dan pelanggan suka.kreatif dan inovatif.






Sabtu, 19 November 2011

PAKAR PERFUME

  1. Perniagaan 'Perfume Collection' ini berada di Bandung,Indonesia.
  2. Jika diperhatikan, perfume ini dibancuh pada ketika kita hendak membeli mengikut wangian yang kita kehendaki.
  3. Setakat yang aku tahu, tak jumpa perniagaan seperti ini di Malaysia.Mungkin ada tapi proses bancuhan dibuat di kilang-kilang atau belakang rumah.haaa..haaa
  4. Kita juga boleh membawa botol kosong dari rumah..bekas perfume la..jangan bawak botol kicap.
  5. Kita boleh refill pelbagai wangian yang kita kehendaki.Di Malaysia biasa kita jumpa yang telah siap dibotolkan dan wangian standard'lah seperti CK,POLO,ESPRIT,JLO dan banyak lagi.
  6. Kesempatan disitu aku telah membeli 21 botol untuk dibuat cenderahati..emmm..boleh tahan lah wangi..
  7. Secara peribadi..jika kita berminat dengan perniagaan seperti ini..kita harus 'gentleman' dan mahir membancuh minyak wangi depan pelanggan..steady bro.
  8. Perfume ini digredkan sebagai gred AP-1 bukan original.Tapi memang ramai yang beli dan melalui pemerhatian ramai orang kaya Indonesia refill dengan bawa botol kosong.
  9. Dengan mempunyai 2-3 orang pekerja, mereka cukup cekap dalam proses membancuh dan memilih wangian yang dikehendaki pelanggan.
  10. Harga bagi sebotol kecil perfume dari 45ribu rupiah hingga 6oribu rupiah (lebih kurang RM12-RM16)..Perniagaan ini juga sesuai bagi industri pelancongan.
  11. Ada sesiapa berani mencuba perniagaan ini?Setakat yang diketahui orang kita masih boleh memperolehi bahan mentah 'pati wangian' dengan pelbagai jenis wangian di Malaysia..cumanya masih belum ada yang berani menampilkan diri dengan menunjukkan skil bancuhan dihadapan pelanggan,dibotolkan dan terus dijual serta merta.Mungkin ini adalah formula yang menyebabkan perniagaan ini unik dan menjadi tumpuan di Bandung.
  12. Siapa pemiliknya aku tak selidik,tapi biasanya disana dimiliki oleh bangsa cina Indonesia.

OTAI BURGER-MISI DARI PINGGIR JALAN KE RESTORAN





    1. Otai Burger adalah satu perniagaan dengan konsep Franchise yang sedang meniti untuk ke arah menyediakan restoran moden pada masa akan datang. 
    2. Model perniagaan ini dari sebuah kiosk bergerak yang diusahakan dipinggir-pinggir dan persimpangan jalan telah di 'rebranding' dengan konsep franchise yang mana mempunyai ciri-ciri keseragaman serta sistem yang sama bagi setiap kiosk.
    3. Kini dianggarkan terdapat lebih kurang 200 buah kiosk yang diusahakan secara franchise oleh pengusaha di beberapa buah negeri terutamanya di Lembah Kelang, K.Lumpur, N.Sembilan, Melaka, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.
    4. Otai Burger dengan slogan Bersih,Sedap Dan Berkualiti menampilkan citarasa yang lebih sempurna kepada pengemar burger tidak mengira bangsa di Malaysia ini.
    5. Otai Burger ini diasaskan oleh seorang pemuda yang bernama Suhaimi Abas yang dulu dikenali sebagai MIE BURGER. Kini beliau adalah merupakan CEO kepada Otai Franchise Sdn.Bhd. Dan Otai Holdings Sdn.Bhd.
    6. Dengan prinsip keusahawanan 'Bukan Berapa Banyak Wang Yang Kucari, Tetapi Berapa Ramai Usahawan Yang Dilahirkan' menjadi pembakar semangat kepada beliau untuk terus berjuang membawa jenama  otai burger kepada pemuda dan Belia di Malaysia bagi menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.
    7. Sebahagian hasrat beliau tersebut telah pun dicapai bila mana dapat melahirkan beberapa franchise yang berjaya mengusahakan Kiosk Otai Burger lebih daripada 1 unit dan ada antaranya sehingga 15 unit kiosk.
    8. Pencapai pengusaha-pengusaha kiosk otai burger ada diantaranya mencapai jualan serendah RM4ribu  bagi 1 unit kiosk hingga kepada RM120ribu sebulan bagi 10-15unit.
    9. Oleh itu wajarlah sekiranya peluang bagi menjadi usahawan Otai Burger ini direbut oleh anak-anak muda terutama bangsa melayu kerana perniagaan ini mempunyai masa depan yang cerah atas faktor hanya bangsa melayu sahaja yang mengusahakan burger yang boleh dimakan oleh berbilang bangsa di Negara yang majmuk ini.
    10. Dengan jenama yang kukuh,sistem perniagaan yang sistematik dan mempunyai visi masa hadapan yang realistik untuk dicapai, maka dengan ini dipelawa kepada semua para pembaca untuk mewarkan modul perniagaan ini kepada anak-anak,adik beradik,saudara mara,belia-belia dan mana-mana pihak yang berminat ke email ret.resources.otairawang@gmail.com atau layari www.otaiburger.com

    note*artikel Otai Burger akan bersambung dari semasa ke semasa di ikuti dengan kisah-kisah perniagaan lain untuk Bicara Keusahawanan.