Usahawan Simbiotik 1 (Universiti Malaya) |
Usahawan Simbiotik 2 (Janda Baik,Pahang) |
1.Usahawan Otai pada masa kini sedang giat mengatur langkah lebih jauh bersama Pusat Pengajian Perniagaan Siswazah Universiti Malaya bagi membentuk satu pakatan yang julungkalinya dalam cabang perniagaan di Malaysia .
2.Pakatan ini dikenali sebagai Pakatan Simbiotik Usahawan Otai dan bergabung tenaga, pengalaman, kemahiran, pengetahuan, ilmu teoritikal dan praktikal bersama satu generasi ilmuan muda iaitu siswazah-siswazah tempatan.
3.Usahawan Otai yang bertahun lamanya berjuang di medan jalanan, akan merubah pandangan dan pendekatan dalam mencorak perniagaan burger bangsa melayu ke satu arah industri yang lebih membanggakan.
4.Demi memartabatkan ekonomi bumiputera di tanah air ini, Usahawan Otai akan membuka satu peluang kepada generasi ilmuan muda atau siswazah bagi berkongsi lapangan dalam perniagaan.Perkongsian lapangan perniagaan ini bolehlah dianggap sebagai satu pengorbanan Usahawan Otai dan rangkaiannya untuk dikongsi bersama memajukan lagi jenama Otai.
5.Usahawan Otai dan ilmuan muda atau siswazah ini juga akan mewujudkan beberapa lagi cabang serta peluang perkongsian perniagaan bersama generasi muda atau belia yang tidak mempunyai pendidikan tinggi tetapi berminat dalam perniagaan.
6.Kini, Usahawan Otai bersama Pusat Pengajian Perniagaan Siswazah Universiti Malaya (PUSMAL) sedang merangka Pakatan Simbiotik ini dan menyediakan satu kelompok lepasan siswazah untuk dilatih bagi mengabungkan sinergi diantara mereka dengan Usahawan Otai.
Pakatan Simbiotik 1, Universiti Malaya |
Pakatan Simbiotik 1, Universiti Malaya |
Pakatan Simbiotik 2, Universiti Malaya (Janda Baik,Pahang) |
Pakatan Simbiotik 2, Universiti Malaya (Janda Baik,Pahang) |
7.Langkah ini dianggap lebih selamat dan lebih cepat dalam perkembangan perniagaan kecil seperti Usahawan Otai ke arah satu industri yang lebih besar.Disamping mengoptimumkan sinergi yang ada diantara lepasan siswazah muda,Usahawan Otai dan para belia Melayu.
8.Prinsip-prinsip perniagaan yang menekankan Minat, Berdisipilin, BERILMU, Amanah dan Bertanggungjawab secara zahirnya amat secocok dengan ilmu yang telah tersemat didada para siswazah untuk digabungkan dengan pengalaman Usahawan Otai.
9.Oleh itu, mana-mana lepasan siswazah tidak kira jurusan apa sekalipun dan graduan IPTA mana sekalipun di pelawa untuk menyertai Pakatan Simbiotik ini.Sesungguhnya 9/10 rezeki dari perniagaan adalah lebih daripada pekerjaan lain dan perniagaan melalui pendekatan ini akan dapat mewujudkan kemakmuran ekonomi bangsa, agama dan negara.
10.Kepada belia muda yang masih tercari-cari halatuju apakah yang akan menjamin masa hadapan, dengan ilmu yang terhad maka Usahawan Otai mempelawa anda semua turut serta dengan memulakan kerjaya sebagai pekerja,menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan perniagaan seterusnya berpeluang menyertai Usahawan Otai samaada lahir sebagai Usahawan Belia mahupun Usahawan Kiosk.
Usahawan Otai (Universiti Malaya) |
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan