- Perniagaan 'Perfume Collection' ini berada di Bandung,Indonesia.
- Jika diperhatikan, perfume ini dibancuh pada ketika kita hendak membeli mengikut wangian yang kita kehendaki.
- Setakat yang aku tahu, tak jumpa perniagaan seperti ini di Malaysia.Mungkin ada tapi proses bancuhan dibuat di kilang-kilang atau belakang rumah.haaa..haaa
- Kita juga boleh membawa botol kosong dari rumah..bekas perfume la..jangan bawak botol kicap.
- Kita boleh refill pelbagai wangian yang kita kehendaki.Di Malaysia biasa kita jumpa yang telah siap dibotolkan dan wangian standard'lah seperti CK,POLO,ESPRIT,JLO dan banyak lagi.
- Kesempatan disitu aku telah membeli 21 botol untuk dibuat cenderahati..emmm..boleh tahan lah wangi..
- Secara peribadi..jika kita berminat dengan perniagaan seperti ini..kita harus 'gentleman' dan mahir membancuh minyak wangi depan pelanggan..steady bro.
- Perfume ini digredkan sebagai gred AP-1 bukan original.Tapi memang ramai yang beli dan melalui pemerhatian ramai orang kaya Indonesia refill dengan bawa botol kosong.
- Dengan mempunyai 2-3 orang pekerja, mereka cukup cekap dalam proses membancuh dan memilih wangian yang dikehendaki pelanggan.
- Harga bagi sebotol kecil perfume dari 45ribu rupiah hingga 6oribu rupiah (lebih kurang RM12-RM16)..Perniagaan ini juga sesuai bagi industri pelancongan.
- Ada sesiapa berani mencuba perniagaan ini?Setakat yang diketahui orang kita masih boleh memperolehi bahan mentah 'pati wangian' dengan pelbagai jenis wangian di Malaysia..cumanya masih belum ada yang berani menampilkan diri dengan menunjukkan skil bancuhan dihadapan pelanggan,dibotolkan dan terus dijual serta merta.Mungkin ini adalah formula yang menyebabkan perniagaan ini unik dan menjadi tumpuan di Bandung.
- Siapa pemiliknya aku tak selidik,tapi biasanya disana dimiliki oleh bangsa cina Indonesia.
Blogs ini mengetengahkan idea-idea perniagaan atau pelbagai cerita menarik tentang perniagaan,keusahawanan dan sebagainya untuk perkongsian pengalaman atau pengetahuan.Perniagaan yang terdapat dipersekitaran akan diketengahkan untuk sama-sama berkongsi pendapat atau pandangan malah boleh menjadi rujukan bagi mencari idea,memula dan mengusahakan perniagaan.
Sabtu, 19 November 2011
PAKAR PERFUME
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan